Latest News

Sume KREW tgh SIBUK BUAT ALBUM PENGANTIN BULAN AKHIR MEI & JUN


Buat pengetahuan semua pelanggan pengantin kami. Kami sekarang sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan semua album utk diserahkan kepada pengantin. Album dah macam kilang dah buat punya banyak nak edit, design, cetak, susun dan kualiti chek!!! kena di buat dengan teliti. Kami berharap memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan kami.

Semalam 28 mei baru balik dari Muadzam Pahang, mmg penat betul tapi sebelum kami balik kami sempat pergi ke BUkit Ibam. Kami difahamkan ada tasik bewarna biru sebaik sahaja kami tiba kami amat terkejut mmg air warna biru bagai kena nila. Kebetulan ada beberapa org tempatan berkelah dikawasan itu menceritakan pelbagai kisah misteri kawasan tasik biru itu. Tasik itu dipercayai berasid kerana ikan tidak hidup dalam air tasik itu. Yang menjadi lebih seram Videografer kami AFI membuat rakaman dengan video tiba-tiba video cam terpadam sendiri dan alarm kereta kami dan penduduk tempatan itu berbunyi serentak. Fuh meremang gak.

Akan datang kami akan memuatkan blog kami dengan dokumentari perjalanan kami di Mersing JOHOR. Tujuan dokumentari ini adalah untuk memberi pendidikan kepada pelanggan kami tentang pahit dan manis semasa sesi fotografi. Kita NANTIKAN

No comments:

Post a Comment

CAHAYA LENSA KREATIF Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by 5ugarless. Powered by Blogger.