Latest News

UTK Photographer MUDA Jgn takut teruskan PERJUANGAN ANDA


Baru-baru ini saya ada sesi fotografi di kawasan Batu Caves. Perkahwinan meriah sebb di gabungkan sekali keluarga lelaki dan perempuan. Rasa seronok bila melihat ramai sanak saudara yang datang untuk memeriahkan majlis raja sehari ini.

Semasa saya mengambil menggunakan lens 70-300mm untuk mendapatkan kesan potret walau dari jarak jauh saya dihampiri seorang pemuda yang memegang Nikon D60 dan Speed light SunPack.

Dia bertanyakan saya kamera saya bape harganya, kebetulan masa tu saya bawa Nikon D80 kamera kegemaran saya. Setelah berbual ada dialog yang saya ingin petik untuk dikongsikan bersama.

1. Abg kamera mahal bole lah tangkap gambar cantik?
2. Abg kamera saya kecik jer bang dapat tangkap gambar asal ok jer laaa!!!
3. Kadang2 bang kalo org upah saya tangkap gambar tapi bila kat majlis tgk kawan pengantin kamera lagi besar dari saya!!

4. Saya tak yakin lagi lah bang nak handle org saya mesti kena bawa geng baru tak takut!

Saya tersenyum mendengar keluhan jurugambar muda itu, dan saya cuba memberikan peransang kepadanya bahawa kamera murah dan mahal bukan segala-galanya yang penting skil dan kemahiran kita untuk menjadi foto berkualiti. Jgn takut ngan bayang sendiri walaupun org lain bawa peralatan dan kamera yang lebih canggih yang penting pelanggan dah percaya pada awak dan awak perlu menjalankan amanah yang sebaiknya. Kawan pengantin tangkap gambar tak jadi album, kita Official Photographer tangkap gambar mesti menghasilkan album yang cantik untuk pengantin. Belajarlah cara berkomunikasi, baca buku dan luaskan pengetahuan ttg selok belok PR agar bole develop keyakinan diri.

Jurugambar muda melihat saya mukanya agak kemerahan nak marah ker budak ni. Terima kasih aa abg tak pernah ada org nasihatkan saya cam ni naik semangat saya. Lalu kami ketawa bersama-sama.

Yang baru berjinak2 dalam bidang foto jgn takut nak tonjolkan diri ini kerana setiap jurugambar ada kekuatan dan keunikan tersendiri. Kita Eksplore dan Kaji ilmu foto lebih mendalam dan cari pengalaman dari fotografer yang lebih berpengalaman dari kita.

1 comment:

  1. Saya sokong...skill yg penting!!!

    ReplyDelete

CAHAYA LENSA KREATIF Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by 5ugarless. Powered by Blogger.