Latest News

Antara Jurufoto (full time) & Jurufoto (Freelance/Partime)


Baru-baru ini saya menerima emel dari rakan saya yang mengajak saya menghadiri seminar berkenaan industri Profesional fotografi anjuran syarikat fotografer yang agak popular di Malaysia. Di samping salinan poster diberikan sekali dengan satu artikel yang membangkitkan saya untuk berkomentar didalam blog saya ini.

Industri fotografi di Malaysia di kalangan orang Melayu mungkin masih baru walaupun ramai fotografer Melayu yang terkenal sudah ada mengharumkan tanah air. Berbanding dengan fotografer Cina mereka sudah mempunyai empayer dan gagasan yang tersendiri. Mungkin dulu harga kamera dan peralatan yang mahal agak mengekang org melayu kita belajar foto banyak fotografer melayu dulu yang berjaya datang dari keluarga berada. Tetapi sekarang sudah 52 tahun kita merdeka saya amat gembira jika terlihat anak2 muda melayu membawa kamera di tengah kota dan taman untuk mengambil gambar menggunakan DSLR. Itu sudah bagus.

Industri fotografi di Malaysia sedang berkembang dengan pesat. Saya agak terkejut dgn artikel itu yang mengatakan kebanjiran fotografer partimes atau free lance menjadi penyebab fotografer full time tak dapat cari makan atau gulung tikar, kerana full time fotografer kena tanggung kos Over head besar dan Partimer fotografer hanya tanggung kos over head yang rendah Adakah ini benar?!! janganlah cepat menyalahkan org lain dgn menunding satu jari pada org lain sedangkan ada 4 jari dimuka sendiri. Partimer fotografer di Malaysia hanya berkerja dihujung minggu kita dapat lihat mereka beraksi di Majlis2 perkahwinan ataupun majlis rasmi atau keramaian yang biasa. Mereka bertungkus lumus untuk menjadikan sesi fotografi dijalankan berjalan lancar dan sekaligus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antara partimer fotografer ini selalunya di kalangan pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyai network dgn rakan2 sekerja dan jabatan masing2. Tidak hairan lah kalau mereka lihat partime fotografer sering mendapat projek hujung minggu kerana mereka dikenali oleh rakan2 di organisasi masing2.

Disamping itu juga Partime fotografer menawarkan harga yang rendah dan mampu milik oleh pelanggan mereka yang terdiri dari sanak saudara dan rakan2. Kalo kerja cantik dan khidmat best ianya akan menjadi satu perkembangan bisnes foto yang baik kerana pelanggan akan rekemen kepada rakan mereka yang lain betapa elok nya servis dan harga fotografer itu.

Usaha partimer fotografer amat kuat kerana mereka kena menyiapkan tugasan foto mereka dalam masa ditetapkan dan di samping itu juga menjalankan tugas kerjaya hakiki mereka. Oleh itu janganlah di persalahkan dan memandang enteng Partimer fotografer kerana mereka juga menaikkan semarak seni foto di tanah air kita. Harga murah tak bermakna tak berkualiti, harga yang murah adalah harga yang mampu dimiliki oleh sume yang mengimpikan sesi foto di hari bahagia masing2. Harga yang ditawarkan bersesuaian dgn kehendak pelanggan tersebut.

Tentang kos overhead kita sedia maklum bila bisnes mesti ada kos overhead bak kata orang tua kita, besar periuk besar lah kerak nya, kalau periuk kecik kita tahu sendiri. Bagi partimer fotografer yang kuat berusaha dapat sedikit dengan kerja mereka dihujung minggu sedikit sebanyak memberi pengukuhan ekonomi keluarga mereka sendiri. Bukan meminta-minta atau mencuri tetapi kerja dgn sungguh2.

Bagi Fulltime fotografer yang Profesional dalam industri fotografi ini mempunyai peluang yang amat banyak dan berganda2 peluang daripada partimer fotografer. Bagi saya fulltimer fotografer amatlah menyeronokkan kerana kerja ini mesti disertai dgn minat. Tetapi kena berusaha lebih jgn lah diharapkan Job wedding dihujung2 minggu dan majlis kecil. Sebagai fulltimer kita boleh mempelbagaikan gaya produk bisnes foto. Contohnya jualan foto online, cetakan gambar, cover modelling shoot dapat kontrak besar & tetap dgn syarikat swasta dan jabatan kerajaan, buat seminar ilmu foto, Group foto, famili foto kepada org awam yang penting usaha kita yang kuat bagi menjayakan bisnes foto sepenuh masa.

Dalam artikel yang diberikan menyebut tentang keadilan harga dan servis yang diberikan kepada pelanggan di antara fotografer fulltimer dan partimer. Corak kejer amatlah berbeza dan produk foto yang diberi juga berbeza isu ingin menstandardkan harga pakej fotografi tak perlu ditimbulkan ini kerana kalau ada rezeki kita akan dapat job. Sedangkan nasi nak suap ke mulut kadangkala tumpah ini kan pula Job foto. Usaha dan tawakal kena ada dan kita harus selalu bersyukur. Berikanlah harga berpatutan, servis best dan produkberkualiti.

Akhir kata kita kena bersama berganding bahu meningkatkan industri fotografi di Malaysia ini jgn lah mudah prejudis, hasad dengki dan menjatuhkan org lain. Perkara2 negatif ini akan merobohkan industri foto kita. Bak kata wonderpets APA YANG PENTING!!! KERJASAMA!!!

P/s : sesiapa yang ingin baca arktikel itu bole emel kepada saya dan saya akan emelkan kepada anda.

6 comments:

  1. jOM KITA Belajar Foto sampai pandai. Dah tgk Dzul punya blog layan org Sarawak harap kita bole belajar foto sama2 Agi Idup Agi Ngelaban

    ReplyDelete
  2. Salam bro... sememangnya ko berhak untuk mengutarakan pendapat. Tapi aku boleh buktikan apa yang ko maksudkan tu salah. Kalau ko ada masa leh kita ngeteh sama-sama. Aku tak jauh mana aku kat Pejabat Pengurusan Fasiliti sahaja. Seminar itu bukan utk fulltime photographer sahaja, tapi untuk semua photographer bukannya menyalahkan antara photographer. Ada masa kita kena teh sama-sama, aku leh xplain pada ko k. ni no phone aku 0126438731

    ReplyDelete
  3. Salam Fuad, Hmm akhirnya artikel ku ini dapat memancing keluar fotografer yang kira handalan tak silap aku ko Team Candidsyndromkan seringkali juga aku meneliti karya korang dan aku minar juga karya foto dari Adan Cameraworks, Manggis dan banyak lagi yang kira hebat. Tak sangka ko kat fasiliti jer mesti ko kenal aku betul bagus2. Orait gak kita ngeteh same bole kita sharing knowledge. Dan satu lagi TQ singgah ke blog aku ni dan aku cuba call ko tapi ko tak angkat nape bro?!

    ReplyDelete
  4. Adey Fotografer dari sarawak, TQ singgah ke Blog CLK ni. Aku seringkali gak pergi Sarawak untuk projek National Geographic, Best kalo dapat jumpa Adey n the geng.

    ReplyDelete

CAHAYA LENSA KREATIF Designed by Templateism.com Copyright © 2014

Theme images by 5ugarless. Powered by Blogger.